Pelajar sekolah menengah di Vermont menggunakan tablet untuk meningkatkan laluan tempatan

Bekerja di luar pada projek amali dengan implikasi sebenar meningkatkan tahap minat di kalangan pelajar. Ia sesuatu yang tidak dapat dilakukan oleh pembelajaran secara abstrak di dalam bilik darjah. Berada di lapangan untuk mengumpul maklumat bermaksud dedahan kepada cara pembelajaran yang baharu.

Matt Allen, Pakar Inovasi di Sekolah Bandar St Albans

Cabaran

Sekolah Bandar St Albans terus mencari cara untuk melibatkan dan memberikan inspirasi kepada pelajar di luar bilik darjah. Sekolah yang mendidik pelajar yang tidak kesemuanya mempunyai komputer di rumah itu, inginkan teknologi yang berkuasa, fleksibel, berpatutan harganya dan tahan lama. Mereka juga memerlukan cara untuk memberi pelajar akses kepada pelbagai alatan dan sumber pendidikan sepanjang tugasan.

Penyelesaian

Tablet Android, Google Apps dan Google Play for Education membantu pelajar mencapai kejayaan yang amat cemerlang dalam projek komuniti mereka. Guru gembira melihat pelajar mereka memberi kesan yang positif kepada komuniti dan bekerjasama dengan pakar tempatan secara langsung dalam projek sekolah yang unik.