Sekolah RN Podar membekalkan kemahiran masa depan menggunakan Google Apps for Education

Google Apps for Education menjadi satu cara hidup di sini dan keseronokan belajar cara baharu untuk melakukan pelbagai perkara ini berjangkit-jangkit.

Avnita Bir, Pengetua, Sekolah R.N. Podar, Mumbai

Cabaran

Anjakan dalam dasar pendidikan India serta pengenalan Penilaian Berterusan dan Komprehensif (CCE) meningkatkan lagi beban kerja guru. Perubahan ini turut memerlukan lebih banyak kerjasama dan dokumentasi. Pendidik memerlukan satu penyelesaian teknologi kerana mereka tidak dapat memenuhi keperluan CCE dengan cekap menggunakan pendekatan tradisional.

Penyelesaian

R.N. Podar mula menggunakan Google Apps for Education pada tahun 2011. Kini sekolah ini mempunyai 6,000 akaun Google Apps for Education. Satu akaun untuk setiap guru, kakitangan dan pelajar. Walaupun pada mulanya penghijrahan itu bertujuan menyelesaikan isu berkaitan CCE, tetapi tidak lama kemudian guru mendapati bahawa Google Apps for Education turut memberikan kemungkinan yang menarik untuk pengajaran dan pembelajaran. Apabila waktu di dalam kelas menjadi lebih produktif dan menarik, pembelajaran pelajar meningkat secara mendadak.