Inisiatif 1TWO1 Menyediakan Daerah Sekolah Richland Dua untuk Masa Hadapan

Google telah memberikan pelajar kami platform untuk menerbitkan kerja dan berkomunikasi di dalam dan di luar bilik darjah. Kami tidak pernah melihat kerjasama yang lebih kreatif dalam kalangan pelajar kami.

Donna Teuber, penyelaras penyepaduan teknologi

Cabaran

Daerah sekolah ini mahu menggunakan lebih banyak peranti peribadi dalam bilik darjah dan melengkapi pelajar dengan kemahiran teknologi. Para pentadbir sedia maklum bahawa akses yang lebih meluas kepada teknologi akan meningkatkan penglibatan, kreativiti, pemikiran kritikal dan kemahiran pelajar dalam menyelesaikan masalah. Mereka menghasilkan inisiatif pengkomputeran 1TWO1 untuk memenuhi wawasan ini. Semasa meneroka pilihan, mereka turut mempertimbangkan kos, hayat bateri, kemudahan penggunaan dan beberapa faktor lain. Memandangkan Google Apps for Education telah pun digunakan di seluruh daerah ini, pegawai pendidikan tertarik kepada sistem berasaskan awan yang tidak memerlukan pembinaan infrastruktur yang besar. Para guru berasa teruja untuk mengubah pembelajaran di dalam bilik darjah mereka yang menawarkan pengalaman yang lebih kreatif dan melibatkan usaha sama kepada pelajar.

Penyelesaian

Sejak memperkenalkan Chromebook, daerah ini telah mengalami perubahan yang ketara ke arah pembelajaran yang melibatkan lebih usaha sama. Para guru menggunakan Google Apps untuk berkongsi tugasan dengan pelajar yang memberikan akses kepada maklumat pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Mereka turut boleh menawarkan maklum balas dan bimbingan kepada pelajar sepanjang tempoh projek berbanding menunggu sahaja pelajar menyerahkan tugasan mereka. Selain itu, pelajar telah menikmati manfaat bekerja bersama-sama melalui penggunaan Sembang Google dan Dokumen Google, walaupun mereka tidak berada di tempat yang sama. Secara umum, Chromebook memupuk persekitaran pembelajaran yang lebih menggalakkan semangat berpasukan.