Sekolah Awam Passaic meluaskan pembelajaran melalui penggunaan Google Apps for Education

Manfaat yang paling ketara hasil daripada penggunaan Chromebook di Passaic ialah pelajar kini secara peribadi terlibat dalam pengalaman pembelajaran mereka.

Joshua Koen, penyelaras teknologi daerah

Cabaran

Pelajar tidak begitu bersedia seperti yang diharapkan untuk melangkah ke alam pendidikan tinggi dan dunia pekerjaan yang telah berubah pada abad ke-21 ini. Pelajar perlu mengetahui cara melakukan penyelidikan dalam talian dan cara bekerjasama mengendalikan projek, di samping berinteraksi dengan rakan sebaya dan pakar dari seluruh dunia. Selain itu, para pelajar perlu bersedia untuk menjalani penilaian akademik negeri dalam talian yang disyaratkan baru-baru ini. Secara keseluruhannya, para guru mahu menggunakan teknologi dengan lebih meluas di dalam bilik darjah.

Penyelesaian

Passaic memutuskan bahawa "satu komputer riba bagi setiap pelajar" adalah model yang terbaik. Daerah sekolah yang telah pun menggunakan Google Apps for Education ini menyedari bahawa keserasian Chromebook Google akan memaksimumkan pembelajaran yang bersifat usaha sama. Di samping itu, Chromebook pantas, selamat, mampu dimiliki dan mudah digunakan. Kos pemilikan yang rendah bermakna Passaic dapat mencapai matlamat 1:1 dengan peranti. Peningkatan bukan sahaja dari segi komunikasi dan produktiviti, malahan usaha sama, penglibatan pelajar dan pencapaian akademik juga telah mengalami peningkatan.