Paganel Primary School bertukar kepada Google Chromebook untuk menjadikan penggunaan komputer riba di dalam bilik darjah semudah menggunakan pensel

Google Apps telah membuktikan nilainya sebagai alat pembelajaran yang amat mengasyikkan dan mudah. Memandangkan apl ini dihoskan secara dalam talian sepenuhnya, Chromebook ialah rakan kongsi yang paling sesuai untuknya. Masa selama sepuluh saat diperlukan untuk menyediakan dan memulakan pelajaran, berbanding sepuluh minit yang diperlukan untuk memulakan komputer riba lama.

Steve Philip, Timbalan Ketua Guru di Paganel School

Cabaran

Salah satu fokus utama Paganel ialah untuk mengajar kanak-kanak cara bekerjasama sebagai sebuah pasukan bagi mencapai sesuatu. Ini berbeza daripada pemikiran tradisional bahawa pembelajaran bebas ialah keutamaan penting untuk pelajar sekolah rendah tetapi membantu mempersiapkan kanak-kanak untuk menghadapi dunia pekerjaan dan pendidikan tinggi, apabila situasi bekerjasama hampir dari mana-mana lokasi semakin menjadi perkara biasa. Para guru dan pelajar telah mula menggunakan Google Apps for Education, suit komunikasi dan kerjasama dalam talian percuma, yang merangkumi ciri-ciri seperti Gmail, Google Talk, Kalendar Google, Dokumen Google dan Tapak Google. Untuk memanfaatkan Google Apps sepenuhnya, Paganel School turut menggalakkan penggunaan komputer riba sebagai alat bantu pengajaran, menggunakan set komputer riba yang tersedia untuk digunakan di bilik darjah. Walau bagaimanapun, kini semakin jelas peralatan tersebut amat kurang digunakan terutama sekali kerana masa yang diperlukan untuk menyediakannya.

Penyelesaian

Steve telah terdengar tentang Google Chromebook dan penggunaannya di sekolah-sekolah daripada kenalan di Amerika dan mengambil keputusan untuk menyelidik tentang teknologi tersebut. Chromebook ialah komputer riba tanpa pemacu keras yang tidak menyimpan apa-apa pada desktop dan semua sistem dan program diakses melalui penyemak imbas web, memberikan keupayaan untuk mengakses maklumat dan perkhidmatan dalam awan dalam masa beberapa saat. Paganel School telah membeli satu set 32 Chromebook pada tahun lepas dan telah memperuntukkannya kepada kelas pelajar Tahun enam yang berumur 10-11 tahun. Para pelajarnya mempunyai akses kepada Chromebook tersebut pada bila-bila masa diperlukan semasa belajar dan kelas-kelas lain meminjamnya untuk tugas-tugas tertentu.