Sekolah Awam Massapequa menggalakkan pelajar dan guru untuk mengubah pemikiran tentang pembelajaran menggunakan Google Apps for Education dan Chromebook

Kami sentiasa memberitahu pelajar tidak kira di mana-mana jua anda berada, anda akan boleh mendapatkan akses kepada tugasan dan sumber anda - sama ada berada di rumah, perpustakaan, bercuti atau berada di Starbucks bersama-sama rakan anda. Chromebook dan Google Apps for Education merupakan contoh terbaik pembelajaran pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Bob Schilling, pengarah eksekutif untuk penilaian, data pelajar dan perkhidmatan teknologi di Sekolah Awam Massapequa

Cabaran

Daerah ini mahu memperkenalkan alatan penciptaan kandungan dengan ciri kolaborasi yang beraneka, supaya guru boleh memberi maklum balas masa nyata dan pelajar boleh bekerja dalam projek kumpulan dari lokasi yang berbeza. Pelajar dan guru pula sentiasa kehabisan ruang storan, jadi Sekolah Awam Massapequa memberi lebih keutamaan terhadap pemilihan penyelesaian dengan storan yang tidak terhad.

Penyelesaian

Sekolah Awam Massapequa memperkenalkan Google Apps for Education pada tahun 2012. Daerah ini melaksanakan penggunaan alatan tersebut secara beransur-ansur, bermula dengan sekumpulan kecil guru yang celik teknologi. Sekarang, semua pelajar dan kakitangan menggunakan Google Apps for Education setiap hari. Sekolah Awam Massapequa memilih Chromebook kerana harganya yang mampu milik, masa but yang pantas dan penyepaduan yang lancar dengan Google Apps for Education. Pada tahun 2015, sekolah awam tersebut telah mengagihkan 3000 Chromebook. Pelajar sekolah menengah menggunakan Chromebook pada model 1:1, manakala sekolah rendah dan sekolah tinggi masing-masing mempunyai troli dengan 30 peranti. Guru sekolah rendah dan sekolah tinggi tersebut akan log keluar troli apabila rancangan pelajaran mereka memerlukan penggunaan Chromebook.