Kendriya Vidyalaya meningkatkan penglibatan dan prestasi pelajar menggunakan Chromebook

Lebih ramai pelajar berminat untuk memberikan sumbangan apabila mereka mempunyai pelbagai cara yang berlainan. Kini dengan Chromebook mereka dapat menjangkau lebih jauh, bukan sekadar di dalam kelas.

Meenakshi Kaushal, pengajar komputer, KV Janakpuri

Cabaran

Para guru di Kendriya Vidyalaya (KV) Janakpuri, Delhi ingin merangsang semangat baharu di dalam kelas dengan menggunakan alatan teknologi yang terkini. Institut Sains India KV (IISc) di Bangalore turut ingin meningkatkan prestasi pelajar serta memperkenalkan amalan pengajaran baharu.

Penyelesaian

Untuk melihat cara teknologi Google dapat mewujudkan kelas yang menarik, pada tahun 2014, dua buah sekolah KV ini melancarkan program rintis selama setahun dengan Chromebook dan Google Apps for Education. Program rintis ini melibatkan 19 orang guru dan 180 orang pelajar dalam gred tiga, lima dan tujuh. Sekolah ini mendapati Chromebook memberikan kefleksibelan dan kebebasan yang tiada pada PCnya yang sudah lama itu. Seterusnya, kajian yang mereka jalankan menunjukkan bahawa Chromebook menyumbang kepada peningkatan sebanyak 23 peratus dalam penglibatan pelajar dan peningkatan sebanyak 55 peratus dalam mempermudahkan guru menjelaskan konsep yang rumit di dalam kelas.