Sekolah Piagam KIPP Bridge memperkasakan ilmuwan menggunakan tablet dengan GPFE

Dengan kurikulum baharu yang bakal diguna pakai, tablet Nexus dengan Google Play for Education ialah peranti penting untuk membantu pelajar melihat gambaran yang lebih besar, mendapatkan pelbagai perspektif dan meluahkan pandangan yang dipertimbangkan. Dengan itu, kertas kerja pelajar kini lebih dinamik.

Cathy Cowan, Guru Gred Lapan, Sekolah Piagam KIPP Bridge

Cabaran

Beralih kepada piawaian Teras Umum bukanlah sesuatu yang mudah bagi Sekolah Piagam KIPP Bridge. Dengan memberi tumpuan sepenuhnya kepada usaha melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran supaya berkembang maju di kolej, Sekolah Piagam KIPP Bridge mengakui kepentingan menyediakan akses yang mencukupi kepada teknologi bagi meningkatkan pembelajaran sambil memastikan peralihan berjalan lancar. KIPP perlu menyediakan akses kepada komputer dan Internet untuk para pelajarnya bagi memenuhi Kriteria CC yang memberi penekanan kepada pemikiran kritis dan keupayaan pelajar untuk menyuarakan hujah berdasarkan pelbagai sumber.

Penyelesaian

Tablet yang didayakan dengan Google for Education membantu guru di KIPP mengedarkan apl penting kepada kelas dengan mudah melalui awan. Pelajar memiliki tetingkap baharu ke web di dalam bilik darjah dan akses kepada seluruh portfolio latihan pelajaran. Memperkenalkan teknologi mendatangkan keterujaan dan terbukti merupakan satu proses yang tidak rumit. Oleh sebab antara muka perantinya begitu intuitif, pelajar tidak memerlukan banyak arahan untuk memahami cara menggunakannya.