Google Chromebook membantu menyediakan pelajar untuk pembelajaran digital era baharu di King Solomon Academy

Saya rasa Google Apps dan pengkomputeran awan sedang mempersiapkan pelajar saya untuk persekitaran kerjasama dalam talian yang menjadi semakin berkaitan bagi mereka yang berada dalam institusi pendidikan tinggi dan tempat kerja hari ini. Chromebook dan Google Apps telah memberi kesan yang sangat baik terhadap pembelajaran mereka.

mantan guru, Bruno Reddy

Cabaran

Di King Solomon Academy, kecekapan IT dilihat sebagai faktor untuk mempersiapkan pelajar universiti, untuk kehidupan dan untuk kerjaya masa depan dan akademi tersebut percaya bahawa kemahiran IT terbaik dipelajari apabila digunakan pada bahagian subjek lain, yang dapat membantu memajukan keseluruhan kurikulum. Perkara yang memainkan peranan yang besar dalam hal ini ialah mempunyai akses kepada teknologi yang betul. Walau bagaimanapun, usaha mencapai matlamat akademi tersebut telah terhalang, kerana bukan semua pelajar mempunyai akses kepada komputer sama ada semasa dalam waktu kelas atau di rumah. Untuk membolehkan pelajar mengakses web, guru perlu menempah suite ICT jauh terlebih awal dan membazirkan masa dan tenaga yang berharga menunggu PC untuk dibut.

Penyelesaian

Sebagai Guru Yang Diperakui Google, Bruno Reddy, guru utama matematik di King Solomon Academy, telah mendapat tahu tentang Google Chromebook dan kegunaannya di sekolah. Chromebook ialah komputer riba tanpa pemacu keras yang tidak menyimpan apa-apa pada perantinya dan semua sistem serta atur caranya diakses melalui penyemak imbas web. Ini membolehkan para pelajar mengakses maklumat dan perkhidmatan dalam awan dalam masa beberapa saat. Akademi mengerahkan set 66 Chromebook, seterusnya memberi setiap murid tahun 7 peranti khusus mereka sendiri.