Huntsville Independent School District helps close the digital divide with Chromebooks and Google Apps

Impak Chromebook di dalam bilik darjah kami dan komuniti guru/ibu bapa yang lebih luas sangat luar biasa. Ada ibu bapa yang menangis kesyukuran kerana sekolah anak mereka boleh membekalkan sesuatu yang berpotensi mengubah hidup yang tidak mampu mereka berikan - akses kepada sumber pembelajaran dalam talian di sekolah dan di rumah.

Amy Mayer, Pengarah Pembangunan Kakitangan dan Inisiatif Daerah, Daerah Sekolah Persendirian Huntsville

Cabaran

Daerah Sekolah Huntsville tidak mempunyai akses kepada sumber pendidikan dalam talian di semua sekolah dan pelajarnya ingin mengubah cara pengajaran disampaikan. Untuk menggunakan teknologi dengan berkesan bagi meningkatkan penglibatan pelajar dan pembelajaran, kos perkakasan perlulah lebih rendah. Pasukan IT daerah ini berhempas-pulas mengurus pelayan yang sentiasa bermasalah dan diserang virus. Huntsville sangat memerlukan pendekatan kepada teknologi setiap hari yang berpatutan kosnya serta rendah penyelenggaraan.

Penyelesaian

Akses mudah kepada sumber dalam talian, kos berpatutan dan ketahanan menjadikan Chromebook pilihan yang paling sesuai untuk Daerah Sekolah Huntsville. Google Apps for Education telah menggantikan pelayan e-mel yang tinggi kosnya dan tinggi penyelenggaraannya. Dengan itu, masa dan sumber yang dijimatkan itu boleh disalurkan ke tempat lain.