Bandar Hillsborough beralih kepada 1:1 dengan tablet Android dan Google Play for Education

Saya telah temui banyak kegunaan apl daripada Google Play for Education di dalam kelas saya....Ia sangat hebat kerana pelajar menjadi begitu asyik dengan pengalaman pembelajaran sehingga mereka tidak sedar bahawa mereka sedang belajar. Ini bermaksud mereka lebih bermotivasi untuk belajar.

Renee Meyers, guru gred tiga, Sekolah Rendah Triangle

Cabaran

Sekolah Awam Bandar Hillsborough ingin memberi para pelajarnya persediaan awal dengan memastikan mereka biasa menggunakan teknologi sejak kecil lagi. Pasukan HTPS tidak melihat teknologi sebagai mata pelajaran, tetapi satu cara untuk membantu pelajar belajar dalam seluruh bidang akademik. HTPS bergelut mencari peranti yang memenuhi kriteria berkesan, lasak dan mudah digunakan serta ditadbir. Persediaan dan pemuatan yang mengambil masa panjang mengurangkan keberkesanan menggunakan peranti lain di dalam bilik darjah mereka.

Penyelesaian

Google for Education menawarkan pilihan untuk teknologi di dalam bilik darjah yang mudah dan berpatutan harganya kepada Sekolah Bandar Hillsborough. Dengan pelancaran yang pantas dan kaedah pembayaran yang cekap, guru mendapati lebih mudah untuk mengurus pengedaran apl yang berguna di dalam bilik darjah mereka.