Gowerton School menggunakan Google Apps for Education untuk mengubah pembelajaran

Seringkali anda ke makmal ICT dan mendapati semuanya adalah tentang teknologi sedangkan sepatutnya ditumpukan kepada pengajaran. Chromebook menyingkirkan halangan ini dan itu hanyalah alat lain di dalam kotak pensel. Ini bermakna para guru boleh memberi tumpuan kepada perkara yang mereka boleh lakukan dengan terbaik - mengajar.

Darren Long, Guru ICT dan penyelaras ICT Gowerton

Cabaran

Pada tahun 2006, Darren Long, Guru ICT dan penyelaras ICT Gowerton, telah berasa kecewa dengan masa yang diperlukan untuk menyelenggara sistem e-mel sekolah yang sedia ada. “Saya perlu memperbaharui lesen pelayan Exchange kami dan benar-benar tidak mahu melabur dalam pelayan dan lesen baharu yang memerlukan saya menghabiskan begitu banyak masa untuk menjaganya. Saya terbaca artikel tentang sistem berhos dan melihat satu cara untuk membebaskan masa saya untuk projek-projek yang lebih berharga, seperti cara untuk mengubah pengalaman pembelajaran menggunakan teknologi,” ujarnya.

Penyelesaian

Selepas melihat pilihan berhos yang tersedia, Long telah memilih untuk menggantikan pelayan Exchange sekolah yang sedia ada dengan penyelesaian e-mel berasaskan awan Google, Gmail For Your Domain (kini merupakan sebahagian daripada Google Apps for Education). Kakitangan Gowerton berasa kagum dengan Gmail dan tidak lama kemudian menjadi alat komunikasi yang sangat diperlukan. Long kemudiannya dengan penuh keyakinan melancarkannya kepada para pelajar, yang menggunakannya dengan penuh minat sejak dari mula lagi. Dengan menggunakan Google Apps for Education, Gowerton juga telah dapat mengurangkan kos dengan ketara sekali. Apl tersebut telah menjimatkan sekurang-kurangnya £30,000 dalam kos pelesenan dan penyelenggaraan pelayan. Ini telah membolehkan sekolah tersebut melaburkan wangnya dengan membeli komputer untuk para guru dan pelajar untuk digunakan di dalam dan di luar bilik darjah termasuk 70 Google Chromebook.