Del Mar Union meningkatkan kemahiran menulis pelajar secara mendadak

Penggunaan Chromebook dengan Google Apps sangat mengagumkan. Pada hakikatnya, bilangan pelajar yang mencapai akreditasi 'amat mahir' teratas dalam ujian menulis peringkat negeri telah meningkat dua kali ganda sejak pengenalan Chromebook.

Stephanie Sullins, Guru, Daerah Sekolah Del Mar Union

Cabaran

Selepas bekerjasama dengan guru untuk membangunkan cara yang lebih berkesan untuk mengajar penulisan, pasukan kepimpinan Del Mar menyedari bahawa mereka perlu menawarkan pelajar komputer riba mereka sendiri untuk pembelajaran. Del Mar mengikuti Piawaian Negeri Teras Umum yang menekankan penggunaan teknologi untuk memupuk pemikiran kritis, komunikasi, kerjasama dan kreativiti. Pasukan kepimpinan DMUSD ingin mengubah cara pelajaran diajar.

Penyelesaian

Akses mudah kepada Google Apps merupakan insentif yang memberangsangkan bagi Del Mar untuk menerima pakai penggunaan Chromebook di dalam bilik darjah mereka. Selepas menguji beberapa tablet dan komputer, Del Mar memutuskan bahawa Google Chromebook adalah yang paling praktis dan berpatutan harganya untuk tujuan mereka.