Chromebook membantu menyesuaikan pengalaman pembelajaran untuk pelajar

Chromebook sudah sedia untuk digunakan dalam masa sepuluh saat dan bateri boleh bertahan sepanjang hari persekolahan.

Rogier de Wit, Ketua Pasukan ICT, CSG Jan Arentsz

Cabaran

Sekolah ini telah menggunakan persekitaran pembelajaran elektronik melalui komputer riba, komputer meja dan bilik komputer, tetapi keperluan pendidikan yang berubah-ubah telah meningkatkan permintaan terhadap bahan pengajaran digital disesuaikan, untuk digunakan di dalam dan di luar bilik darjah. “Kami menghabiskan banyak sangat masa untuk merancang dan mencari jalan untuk menawarkan pengajaran satu dengan satu dan setiap pelajar memiliki komputer mereka sendiri,” ujar Penyelaras Pendidikan dan ICT Kees Koopman. “Kami tidak suka idea ‘bawa peranti anda sendiri’, kerana adalah mustahil untuk menyiapkan sebarang pengajaran jika perkakasan dan perisian semua orang adalah berbeza.”

Penyelesaian

Jadi sekolah telah menyarankan strategi alternatif: bawa Chromebook anda sendiri. Peranti ringan ini dimulakan dengan amat cepat dan mengelakkan pembaziran masa pengajaran yang berharga. Strategi ini telah berjaya dirintiskan di dalam dua kelas pada tahun akademik lalu, yang telah menerima sambutan yang menggalakkan daripada para guru dan pelajar. Selepas beberapa siri bengkel dan pembentangan, kakitangan tidak lagi bertanya sebab mereka memerlukan Chromebook: bahkan mereka telah mencadangkan beberapa cara baharu untuk menggunakannya.