Cara standard mengajar di Corlaer College kini ialah dengan menggunakan Chromebook

Sunggah mudah untuk diguna. Hanya memerlukan sedikit waktu untuk memulakan, saya tidak perlu memasang apa-apa dan saya boleh terus menggunakannya.

Rob de Groot, pengurus IT Corlaer College Nijkerk

Cabaran

“Kami mempunyai dasar inovasi yang konsisten,” ujar Rob de Groot, yang merupakan pengurus IT sekolah tersebut sejak tahun 1994. “Kami menggunakan pengajaran bertema, yang mengelompokkan subjek dan bahan pembelajaran mengikut topik khusus dan kami mempunyai banyak zon kerja pelan terbuka bersama-sama bilik darjah tradisional. Kami mula menggunakan persekitaran pembelajaran elektronik pada tahun 2006 dan kami mula menilai potensi pendidikan digital pada awal tahun 2012. Banyak sekolah telah menggunakan tablet tetapi mereka tidak mempunyai papan kekunci dan kami fikir itu tidak sempurna. Kami mengambil keputusan untuk menunggu dahulu buat sementara waktu untuk melihat pergerakan pasaran, tetapi kemudian kami mendapat tahu bahawa seorang penerbit buku sekolah sedang memulakan projek rintis menggunakan Chromebook. "

Penyelesaian

Pihak sekolah tidak teragak-agak dan tidak lama kemudian Rob menerima Chromebook yang pertama untuk diuji. "Memang sangat mudah untuk diguna. Hanya memerlukan sedikit waktu sahaja untuk memulakan, sya tidak perlu mamasang apa-apa dan saya boleh terus menggunakannya," ujar beliau. Chromebook telah diterima dengan penuh minat oleh para guru dan pihak sekolah telah memesan 85 lagi untuk percubaan yang melibatkan tiga kelas.