Daerah Sekolah Clarkstown Central yang inovatif membantu Google mencipta produk terbaharunya, Bilik Darjah

Guru dapat memberikan kerja rumah kepada pelajar mereka dalam sekejap mata. Dengan itu pembelajaran pelajar di dalam kelas dapat dimaksimumkan.

Paul Lepore, Pengajian Sosial gred ke-8, Sekolah Menengah Felix Festa

Cabaran

Penggunaan program dan peralatan yang rumit lagi mahal melemaskan para pendidik dari Daerah Sekolah Clarkstown Central. Pasukan Teknologi Pengajaran dan rakan sekerja mereka memerlukan penyelesaian yang ringkas dan mudah digunakan untuk pengurusan bilik darjah mereka.

Penyelesaian

Selepas menggunakan Bilik Darjah Google selama beberapa bulan, pendidik dan pasukan IT dapat melihat dua faedah utama: peningkatan dalam penglibatan pelajar dan bilik darjah lebih teratur. Bilik Darjah Google memastikan tugasan pelajar teratur dan memberikan alatan kerjasama yang amat diperlukan dan aplikasi yang mudah digunakan serta diedarkan.