Churston Ferrers Grammar School melihat revolusi komunikasi dengan G Suite dan Chromebook

Perkara yang menarik tentang Chromebook ialah alat ini boleh terus diguna untuk kerja. Kami mengeluarkannya dari kotak dan terus memberikannya kepada para pelajar kerana tiada kerja persediaan yang perlu dilakukan. Secara idealnya kami ingin menggantikan semua netbook kami dengan Chromebook secepat yang mungkin.

Ben Forte, Pengurus IT Rangkaian di Churston

Cabaran

Churston amat percaya dengan kepentingan memperkenalkan para pelajar kepada kaedah komunikasi digital. Beliau percaya bahawa ini boleh membantu mereka menjadi lebih terlibat, merangsang interaksi dengan para guru, meluaskan pengalaman pembelajaran mereka dan mempersiapkan diri mereka untuk menghadapi dunia pekerjaan dan melanjutkan pelajaran. Usaha ini juga menampakkan nilai yang hebat dalam penggunaan teknologi untuk memperkemaskan proses pentadbiran. Sekolah ini telah banyak melabur dalam teknologi sejak beberapa tahun yang lalu dan kini menawarkan enam suite komputer, setiap satu dilengkapi dengan 30 PC, sistem tanda digital untuk pengumuman sekolah, komputer riba untuk kegunaan di dalam kelas dan sebuah sistem wifi baharu. Walau bagaimanapun, Churston masih mempunyai beberapa isu teknikal dengan perkakasan dan komunikasi e-mel yang telah menghalang daripada visinya untuk menjadi persekitaran pembelajaran yang lengkap secara digital.

Penyelesaian

Selepas mempertimbangkan beberapa pilihan untuk meningkatkan e-melnya, Churston telah memilih suite kerjasama dan komunikasi G Suite for Education, yang merangkumi Gmail, Dokumen Google, Kalendar Google dan Google Sites. Sejak beralih kepada G Suite, e-mel telah menjadi kaedah utama komunikasi antara kakitangan, pelajar dan ibu bapa dan G Suite digunakan secara meluas untuk kerjasama di dalam dan di luar bilik darjah. Berikutan kejayaan ini, Churston kini sedang menjalankan percubaan menggunakan sepuluh Chromebook dengan tujuan untuk melancarkannya secara lebih meluas bagi menggantikan komputer riba sedia ada sekolah apabila telah sampai tahap akhir hayat.