Langkau ke kandungan

Bantu setiap pelajar mengetahui cara pembelajaran yang terbaik untuk mereka

Dengan ciri kebolehaksesan terbina dalam, Google for Education membantu pelajar dan pendidik menyesuaikan alatan pembelajaran mereka malah mewujudkan persekitaran pembelajaran inklusif supaya mereka boleh belajar, mengajar dan berkolaborasi dengan yakin.

Artikel laman web dilihat dalam Mod Baca, panel dalam penyemak imbas yang menjadikan teks lebih mudah dibaca.

Paparan dan Visi

Ciri yang mendayakan kontras tinggi, pembaca skrin dan pengimlakan membantu pengguna yang buta atau rabun untuk mengakses maklumat dan bekerjasama.

Ciri Google Workspace for Education

Ciri Chromebook

Ciri pengimlakan suara Google digunakan untuk menambah nota penyampai bagi pembentangan Google Slides

Motor dan kecekatan

Orang yang mempunyai kecacatan motor dan gangguan kecekatan boleh memasukkan maklumat menggunakan tetapan sentuh dan suara.

Ciri Google Workspace for Education

Ciri Chromebook

Sari kata masa nyata dipaparkan pada bahagian bawah skrin semasa kelas maya sedang berlangsung pada Google Meet.

Kognitif dan maklum balas yang dituturkan

Alatan yang membolehkan pelajar melaraskan input dan output deria, seperti kawalan suara, maklum balas lisan dan perubahan warna dapat membantu orang yang mempunyai perbezaan pembelajaran dan kognitif serta kurang upaya untuk mengakses maklumat

Ciri Google Workspace for Education

Ciri Chromebook

Sari kata langsung dipaparkan pada bahagian atas sebelah kanan skrin semasa pembentangan Google Slides.

Audio dan sari kata

Untuk pengguna yang Pekak atau pekak labang, atau memerlukan bantuan untuk menumpukan perhatian, terdapat banyak ciri Google Workspace dan Chromebook yang mengandungi pilihan untuk menjana sari kata secara automatik atau menambah fail sari kata yang disediakan oleh penterjemah pada video.

Ciri Google Workspace for Education

Ciri Chromebook

logo google workspace for education

Google Workspace for Education

Gunakan ciri terbina dalam untuk membantu pembelajaran dan pemahaman

Chromebook

Akses dan peribadikan tetapan peribadi merentas peranti

Kisah kejayaan

Komitmen Google

Di Google, kami komited untuk memastikan maklumat dunia boleh diakses oleh semua orang secara universal. Kami percaya pada pembangunan produk dengan dan untuk komuniti kurang upaya supaya kami dapat mengenal pasti kaedah yang boleh menjadikan teknologi kami benar-benar berguna.

Bantu semua pelajar dengan mengurangkan halangan pembelajaran

Berikan peluang kepada setiap pelajar untuk belajar dengan yakin, mengambil bahagian secara aktif dalam kelas dan menzahirkan idea mereka.

Galakkan tindakan pelajar dan pembelajaran bebas

Bantu semua pelajar untuk mencapai matlamat pembelajaran mereka dengan memberikan sokongan yang memenuhi keperluan unik mereka.

Percepatkan pembelajaran dengan alatan yang intuitif dan merangkumi semua

Berikan alatan dan ciri kebolehaksesan yang mudah disesuaikan dan digunakan kepada pelajar dan pendidik .

Kebolehaksesan ialah sebahagian daripada DNA kita

Muat turun panduan pantas ini kepada alatan kebolehaksesan terbina dalam dan mudah diurus milik kami yang berfungsi secara lancar pada seluruh Google Workspace for Education dan Chromebook untuk berkongsi kuasa pengalaman pembelajaran diperibadikan dan perbezaan yang boleh dilakukan oleh alatan ini untuk guru serta pelajar di seluruh dunia.

Daftar di sini untuk mendapatkan kemaskinian, cerapan, sumber dan pelbagai lagi.