Langkau ke kandungan

Mewujudkan kemungkinan baharu dalam pendidikan tinggi

Kampus kolej dan universiti ialah ekosistem pembelajaran dan penemuan yang bertenaga dan rumit, merentas bidang dan kampus. Lihat cara Google for Education membantu anda mengurus kerumitan ini dan memastikan semua orang dihubungkan serta produktif.

Memperkasakan penyelidikan dan prasarana pendidikan tinggi

Penyelesaian Google mencipta prasarana pengkomputeran yang kuat, yang memastikan komuniti pendidikan tinggi masa kini berkemahiran. Penyelidik dapat mempercepatkan analisis daripada hari kepada minit, bekerja dengan lancar merentas jabatan dan set data. Pelajar dan ahli fakulti boleh bekerjasama dengan mudah dan selamat merentas bidang dan kampus. Kakitangan kampus juga boleh bekerja dengan lebih cekap dan berkesan.

Cara baharu untuk bekerjasama dan berinovasi

Daripada e-mel yang lebih pintar kepada persidangan video yang lancar sehingga maklum balas masa nyata tentang kerja pelajar, penyelesaian produktiviti Google for Education padan dengan lancar seiring alatan dan sistem pendidikan tinggi, yang membantu pelajar dan ahli fakulti menjadi lebih cekap dan produktif. Dengan teknologi realiti maya, ahli fakulti dan pelajar dapat mencipta bersama pengalaman yang menarik untuk penerokaan dan pembelajaran yang lebih mendalam.

Teknologi selamat dengan alatan untuk pengurusan IT yang mudah

Pentadbir IT boleh menyediakan dan mengurus dasar tersuai di seluruh institusi pengajian dan peranti pelajar hanya dengan beberapa klik. Kawalan pentadbir dan teknikal Google yang mantap memudahkan pemantauan dan pengurusan aplikasi di seluruh sistem, memberi kakitangan IT lebih masa untuk menumpukan pada keutamaan institusi dan sedikit sahaja masa untuk sokongan teknikal manual.

Terokai produk Google for Education untuk kolej dan universiti

Ketahui lebih lanjut tentang Google Workspace for Education, sumber untuk pendidik dan penyelesaian mantap yang tersedia di Google Cloud.

Meningkatkan pengalaman penddikan tinggi di seluruh dunia

Ketahui cara ketua dan pendidik institusi pengajian menggunakan Google for Education untuk mengembangkan perkara, tempat dan cara pelajar belajar.

Bantu pasukan anda bermula

Memperkenalkan alat Google di sekolah anda? Kami sedia membantu. Sama ada anda pendidik atau pentadbir—terdapat program, latihan dan sokongan untuk anda. Gunakan sumber kami atau berhubung dengan rakan kongsi tanpa caj.

Pusat Guru

Semak imbas koleksi sumber latihan dalam talian untuk membantu guru menggunakan teknologi Google dengan berkesan dalam bilik darjah.

Panduan penyediaan

Cari sumber yang pasukan IT anda perlukan untuk merancang, melaksanakan dan menyokong penyelesaian Google di institusi pengajian anda.

Sokongan produk

Dapatkan jawapan kepada soalan anda dan akses panduan, tutorial, forum pengguna serta sokongan untuk produk Google for Education.

Mulakan

Berbincang dengan pakar

Hubungi pakar Google for Education untuk mendapatkan bantuan diperibadikan dalam memilih produk yang sesuai untuk institusi pengajian anda.

Daftar di sini untuk mendapatkan kemaskinian, cerapan, sumber dan pelbagai lagi.