Projek Pembelajaran Dinamik

Projek perintis ini adalah sebahagian daripada komitmen kami untuk membantu komuniti yang kurang kemudahan menyampaikan manfaat teknologi di dalam bilik darjah dan selepas waktu persekolahan. Memandangkan teknologi terus memainkan peranan yang penting dan tidak boleh dielakkan dalam pendidikan, kami ingin membantu lebih ramai guru dan pelajar mendapatkan manfaat daripada teknologi.

Memperkasa pendidik

Walaupun teknologi itu sendiri tidak akan menyelesaikan masalah atau memperbaik pendidikan, teknologi boleh menjadi alat yang berkuasa jika jatuh ke tangan pendidik yang tahu cara menggunakannya. Tetapi pendidik hari ini - terutama mereka yang mengajar di sekolah berpendapatan rendah - tidak selalunya mempunyai akses kepada latihan yang diperlukan untuk membantu mereka mempelajari cara menggunakan teknologi itu dengan cara yang berkesan dan bermakna.¹

Untuk bermula, Google.org memberikan geran kepada Digital Promise untuk menaja jurulatih yang berdedikasi di sekolah yang terabai.² Kami berharap program rintis ini akan membantu memaklumkan perkara yang diperlukan oleh sekolah untuk menyepadukan teknologi di dalam bilik darjah dengan jayanya.

Bimbingan terbenam

Jurulatih sepenuh masa di setiap sekolah akan menyediakan sokongan diperibadikan untuk membantu pendidik dalam komuniti mereka menggunakan teknologi dalam cara yang baharu dan membawa perubahan.

Inovasi berterusan

Jurulatih dan pengetua mereka akan bekerjasama untuk memastikan pengetahuan ini disampaikan kepada seluruh sekolah serta seluruh komuniti mereka.

Agnostik teknologi

Projek perintis ini tidak memerlukan sebarang teknologi atau alatan khusus, sebaliknya menyasarkan untuk membantu pendidik lebih memanfaatkan kemudahan yang tersedia kepada mereka.

Penyokong program


Berminat untuk membawa program ini ke sekolah anda?

Penyerahan daripada borang ini hanya akan disemak oleh Digital Promise.

Beritahu kami

Terima kasih kerana mendaftar!

Beritahu kami lagi tentang minat anda.