Kami melabur dalam projek dan organisasi yang meluaskan akses kepada pembelajaran

Kami telah menyumbangkan lebih daripada $160 juta dalam 5 tahun lalu terhadap geran dermawan untuk mengendalikan jurang pendidikan global, sambil memperkasakan Googler untuk menawarkan kepakaran teknikal mereka secara sukarela. Matlamat kami adalah untuk membantu lebih ramai orang—terutama mereka di dalam komuniti yang kurang kemudahan—mendapatkan manfaat daripada teknologi, di dalam dan di luar bilik darjah.

Berusaha ke arah kesaksamaan dalam pendidikan, di seluruh dunia

Teknologi boleh mencipta persekitaran pembelajaran yang lebih menyeluruh dan memperbaik hasil pembelajaran, tetapi tidak semua pelajar mendapat manfaat yang sama daripada semua kemajuan ini.

Melalui Google.org, kami menyediakan pembiayaan berbentuk geran sebanyak $50 juta kepada organisasi yang mengendalikan cabaran ini dalam tiga cara: mendapatkan bahan pembelajaran yang betul untuk pelajar, memberi guru kemahiran dan teknik terkini serta membolehkan pembelajaran dilakukan di luar bilik darjah.

Lawati Google.org untuk mendapatkan maklumat lanjut Tonton video

Menyokong sekolah dan komuniti yang kurang kemudahan

Merapatkan jurang digital akan memerlukan lebih daripada peranti dan kesambungan. Kita juga mesti melengkapi guru dengan kemahiran, alatan dan latihan yang mereka perlukan untuk menggunakan teknologi itu secara berkesan di dalam bilik darjah.

Itulah sebabnya kami melancarkan Projek Pembelajaran Dinamik—sebuah projek perintis baharu yang merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan kami untuk memastikan manfaat teknologi sampai ke setiap bilik darjah. Sebagai permulaan, kami menyediakan geran $7 juta kepada Digital Promise yang akan menyokong jurulatih teknologi sepenuh masa di 50 buah sekolah menengah berpendapatan sederhana di seluruh A.S. Jurulatih ini akan memperkasakan pendidik dalam komuniti mereka untuk memperbaik hasil pembelajaran pelajar melalui teknologi.

Ketahui lebih lanjut tentang projek pembelajaran dinamik

Menukar masa menaiki bas menjadi masa pembelajaran

Walaupun kerja sekolah semakin memerlukan akses ke internet, berjuta-juta pelajar masih tidak mempunyai sambungan internet di rumah.

Kami bekerjasama dengan daerah di seluruh AS untuk mengembangkan Rolling Study Halls untuk membantu ribuah pelajar di komuniti luar bandar mengakses lebih banyak masa pembelajaran di luar sekolah dengan melengkapi bas sekolah mereka dengan wifi, peranti dan sokongan pendidik dalam bas.

Ketahui lebih lanjut mengenai Rolling Study Halls Tonton video

Membantu melengkapi generasi akan datang dengan kemahiran masa hadapan

Lebih daripada 65% pelajar akan bekerja dalam bidang pekerjaan yang tidak wujud langsung hari ini,¹ tetapi majoriti golongan muda masih belum membentuk kemahiran penyelesaian masalah atau dan kecekapan digital asas yang akan mereka perlukan sebagai persediaan menghadapi masa hadapan itu.

Kami menyediakan pembiayaan berbentuk geran kepada organisasi tanpa untung dan membina program untuk meluaskan akses kepada pendidikan sains komputer serta membantu melatih lebih ramai pelajar perempuan dan kurang kemudahan dalam pemikiran perkomputeran. Matlamat kami adalah untuk menyediakan setiap pelajar dengan kemahiran mudah suai yang mereka perlukan untuk mengendalikan cabaran terbesar masa hadapan.

Ketahui lebih lanjut tentang sokongan CS kami

Terima kasih kerana mendaftar!

Beritahu kami lagi tentang minat anda.