Mereka yang bekerjasama dengan kami

Untuk memperluas pendidikan sains komputer dan membantu semua pelajar membentuk kemahiran masa hadapan, kami bekerjasama secara langsung dengan organisasi yang inovatif serta menyokong organisasi tanpa untung melalui Google.org.

Meluaskan akses untuk pelajar

Majlis Kebangsaan 4-H

Pembelajaran kepimpinan untuk remaja melalui projek amali dalam sains, pertanian, kewarganegaraan dan banyak lagi.

Persatuan Perpustakaan Amerika (ALA)

Menyediakan profesional perpustakaan untuk membantu pelajar mempelajari kemahiran teknikal.

Institut Anita Borg

Sebuah organisasi tanpa untung yang berusaha merekrut, mengekalkan dan memajukan wanita dalam teknologi.

Black Girls Code

Sebuah organisasi yang memberikan pelajar perempuan kulit berwarna peluang untuk membina kemahiran dalam bidang sains komputer dan teknologi.

Kelab Pelajar Lelaki dan Perempuan Amerika

Sebuah organisasi yang menyediakan program selepas sekolah untuk menyediakan golongan muda ke arah kejayaan.

Code.org

Organisasi tanpa untung yang didedikasikan untuk meluaskan akses kepada sains komputer bagi pelajar yang kurang kemudahan.

Code Next

Satu inisiatif untuk membentuk generasi akan datang pemimpin teknologi berkulit hitam dan Latin.

Pengakap Perempuan A.S.

Sebuah organisasi yang membentuk pelajar perempuan yang berani, berkeyakinan dan berperibadi tinggi, yang menjadikan dunia sebuah tempat yang lebih baik.

Girls Who Code

Program selepas sekolah dan musim panas percuma untuk melengkapi pelajar perempuan dengan kemahiran perkomputeran.

Level Playing Field Institute

Program untuk menghapuskan halangan dan sikap berat sebelah dalam STEM serta memupuk bakat yang kurang diketengahkan.

MIT App Inventor

Pengenalan kepada pengaturcaraan dan penciptaan apl yang memudahkan bahasa pengekodan yang rumit.

Pusat Kebangsaan untuk Wanita dan Teknologi Maklumat (NCWIT)

Rangkaian tanpa untung yang berusaha meningkatkan penyertaan wanita dalam perkomputeran.

Projek Kerjasama Gadis Kebangsaan

Sebuah program yang menyatukan organisasi A.S. yang komited untuk menggalakkan pelajar perempuan mengejar kerjaya dalam STEM.

Scratch

Bahasa pengaturcaraan visual percuma yang dibangunkan oleh Makmal Media MIT.

Teknovasi

Program keusahawanan teknologi global untuk pelajar perempuan sahaja.

Terima kasih kerana mendaftar!

Beritahu kami lagi tentang minat anda.