Langkau ke kandungan

Semarakkan pembelajaran dengan Jamboard

Rangsang pelajar untuk belajar, bekerjasama dan berinteraksi melalui cara baharu yang aktif dengan apl mudah alih Jamboard atau papan putih 55 inci berkuasa awan.

produk jamboard
APL JAMBOARD

Galakkan pelajar berkolaborasi dengan cara yang inovatif

Tingkatkan kerjasama dan penglibatan pelajar dengan apl Jamboard — yang dikuasakan oleh Google Cloud. Pengguna tablet pelajar boleh mengakses set alatan pengeditan yang beraneka untuk bekerjasama dengan pelajar atau pendidik. Anda juga boleh mengakses ciri ini daripada penyemak imbas web.

apl jamboard

Mudah seperti papan putih, tetapi lebih pintar

Jamboard ialah satu paparan pintar. Ambil imej daripada carian Google dengan cepat, simpan kerja ke awan secara automatik, gunakan alat pengecaman tulisan tangan dan bentuk yang mudah dibaca serta lukis menggunakan stilus tetapi memadam dengan jari anda – sama seperti papan putih biasa.

Kongsi idea dalam sumbang saran atau kuliah

Jamboard menjadikan pembelajaran dapat dilihat dan diakses oleh semua kolaborator pada sesi jam. Selain itu, sesi jam anda mudah dibentangkan dalam masa nyata melalui Meet, membolehkan perkongsian atau penyambungan dunia nyata dilakukan dengan mudah.

Pelajar boleh mengadakan sesi jam dari mana-mana sahaja

Pendidik boleh melibatkan semua pelajar dalam proses pembelajaran, sama ada bekerja bersama-sama di dalam bilik darjah tradisional, dalam persekitaran seminar berkumpulan atau melalui pembelajaran jarak jauh. Apl Jamboard untuk Android dan iOS memudahkan pelajar dan pendidik untuk menyertai aktiviti kreatif daripada telefon, tablet atau Chromebook mereka.

Jamboard

Dayakan pembelajaran lebih pintar melalui awan

Hasilkan rancangan pelajaran yang menarik dan buka cara baharu untuk pelajar anda bekerjasama dengan paparan Jamboard.

Rangsang pendidikan dan kerjasama masa nyata

Lakarkan idea dan pelajaran dalam gaya papan putih pada paparan 4K 55 inci menakjubkan yang sangat responsif dan tepat. Letak imej, tambah nota dan dapatkan aset terus daripada web atau ambil kerja daripada Dokumen, Helaian dan Slaid — semuanya semasa bekerjasama dengan pelajar atau rakan sekelas dari mana-mana sahaja.

Mudah alih, berkuasa dan sedia untuk bilik darjah

Sebagai tumpuan utama untuk kreativiti di dalam bilik darjah, papan putih ini dibina dengan kaki mudah alih dan penyediaan satu kabel untuk tujuan memudahkan alat ini digerakkan. Stilus dan pemadam tidak perlu digandingkan — memastikan anda tidak akan kehabisan dakwat atau bateri.

Terokai soalan popular tentang Jamboard

Berapa ramai pengguna boleh menggunakan Jamboard serentak?

Jamboard menyokong hingga 16 titik hubungan serentak pada satu peranti. Seluruh kelas boleh menyertai sesi jam yang sama daripada Jamboard dan telefon serta tablet lain dengan apl Jamboard.

Berapakah kos Jamboard?

Bagi pelanggan Google Workspace for Education, harga Jamboard bermula pada harga USD $4,999 (termasuk 1 paparan Jamboard, 2 stilus, 1 pemadam dan 1 pelekap dinding) dengan bayaran yuran pengurusan dan sokongan sekali sebanyak USD $600. Tiada yuran tahunan berulang. E-mel kepada jamboard-sales@google.com atau hubungi penjual semula anda.

Apakah spesifikasi Jamboard?

Lihat helaian spesifikasi Jamboard (PDF). Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati Pusat Bantuan Jamboard.

Lihat penggunaan Jamboard yang inovatif oleh sekolah-sekolah

Bermula dengan Jamboard

Terokai sumber yang berguna ini untuk mula menggunakan dan memanfaatkan Jamboard di dalam bilik darjah dan selanjutnya.

Mulakan

Cubalah Apl Jamboard

Muat turun apl dan mulakan sesi jam serta bekerjasama di dalam bilik darjah anda.

Beli Jamboard

Benarkan kami membantu untuk menjawab sebarang soalan yang ingin anda kemukakan dan membantu anda mendapatkan Jamboard untuk bilik darjah anda.

Daftar di sini untuk mendapatkan kemaskinian, cerapan, sumber dan pelbagai lagi.