Langkau ke kandungan
Kini Gemini dilengkapi perlindungan data tambahan. Sembang dengan Gemini untuk menjimatkan masa, memeribadikan pembelajaran dan menginspirasikan kreativiti.
Kini Gemini dilengkapi perlindungan data tambahan. Sembang sekarang.

Fahami apa jua topik dengan Gemini Notebook

Gemini Notebook ialah alat AI generatif percuma yang dipandu sepenuhnya oleh maklumat yang anda berikan. Muat naik bahan kursus anda untuk menjana ringkasan, rancangan pengajaran, panduan pembelajaran dan kuiz — lengkap dengan petikan teks bagi memastikan ketepatan fakta.

Institusi anda boleh mendapatkan Gemini Notebook tanpa kos dengan mendaftar untuk Google for Education Fundamentals, tanpa mengira suite produktiviti yang anda gunakan.

Tangkapan skrin antara muka pengguna Gemini Notebook yang menunjukkan maklumat tentang Biologi untuk kursus kolej Tangkapan skrin antara muka pengguna Gemini Notebook yang menunjukkan maklumat tentang Biologi untuk kursus kolej

Gemini Notebook ialah rakan kongsi penyelidikan dan pemikiran anda yang diperibadikan dan dikuasakan AI

Pendidik, pelajar dan kakitangan boleh menggunakan Gemini Notebook untuk meningkatkan penyelidikan, mempercepat pembelajaran dan perkongsian pengetahuan serta memperkemas tugasan pentadbiran.

Mengajar

Tingkatkan penyelidikan

Percepat ulasan literatur, ringkaskan dokumen yang panjang, perhalus idea penyelidikan, dan dapatkan maklum balas untuk penulisan anda.

Perkemas pembangunan kurikulum

Jana rancangan mengajar, soalan perbincangan, penilaian dan aktiviti dalam kelas yang disesuaikan berdasarkan bahan pengajaran dan standard pendidikan anda.

Jadikan pembelajaran lebih menarik dan mudah diakses

Jadikan topik yang rumit mudah diakses dan buat sumber yang berbeza dengan ringkasan audio, video penerangan visual, panduan belajar dan pelbagai lagi.

Belajar

Percepat pembelajaran

Muat naik nota kelas, slaid kuliah dan bahan bacaan yang ditetapkan untuk menjana panduan belajar, kad imbas, kuiz latihan dengan serta-merta dan dapatkan penjelasan langkah demi langkah dengan petikan.

Belajar mengikut cara anda

Ubah bacaan yang padat dan nota yang rumit kepada format yang sesuai dengan cara anda belajar yang terbaik, sama ada dengan mendengar ringkasan lisan, pembentangan yang dikisahkan atau melihat nota tersebut dipetakan secara visual.

Buat penyelidikan dan tulis dengan lebih berkesan

Cari kaitan antara bacaan, petik petikan penting dan susun idea anda. Dapatkan cadangan yang diperibadikan tentang draf esei, semak kekuatan hujah anda dan percepat petikan.

Bekerja

Sokong latihan dan pembangunan dasar

Ubah buku panduan dan kod tatakelakuan menjadi pusat bantuan dengan Soal Jawab dan sumber multimedia, sokong latihan dan pembangunan profesional serta sumbang saran dasar dan inisiatif baharu.

Selaraskan tugas pentadbiran

Ringkaskan dokumen yang rumit, analisis data daripada tinjauan dan buat draf komunikasi serta cadangan projek dengan lebih pantas.

Tingkatkan penulisan dan pelaporan geran

Buat penyelidikan dan kenal pasti peluang geran, percepat penulisan geran dengan draf yang diperibadikan dan jana laporan tentang kemajuan dan hasil projek.

Dibina khusus untuk pengajaran dan pembelajaran

Bagaimanakah Gemini Notebook berfungsi?

Muat naik PDF, laman web, video YouTube, Google Docs, Slides dan pelbagai lagi. Gemini Notebook boleh membuat kandungan dan menjawab pertanyaan – hanya berdasarkan maklumat yang anda berikan.

  • Muat naik sumber anda

    Buat buku nota dan muat naik nota kuliah, kertas akademik, standard pendidikan dan bacaan kursus

  • Analisis sumber

    Gemini Notebook menganalisis sumber anda secara automatik

  • Ikhtisar segera

    Anda mendapatkan ikhtisar segera dan ringkasan yang dijana secara automatik

  • Tanya soalan

    Anda mengemukakan pertanyaan atau meminta kandungan baharu

  • Buat kandungan

    Gemini Notebook menjawab pertanyaan anda dan membuat kandungan multimedia dengan hanya menggunakan sumber anda

Terokai perkara yang boleh anda lakukan dengan Gemini Notebook

Kursor memilih Ikhtisar Audio. Gemini Notebook menjana Ikhtisar Audio dan mula dimainkan

Dengar dan belajar semasa dalam perjalanan dengan Ikhtisar Audio

Buat ringkasan audio seperti audio siar dengan dua hos AI berbincang, berbahas dan meringkaskan bahan kelas anda.

Kursor memilih Ikhtisar Video. Ikhtisar Video dijana. Pengguna mengklik butang main dan video mula dimainkan.

Ubah kandungan anda menjadi Ikhtisar Video yang menarik

Buat video penerangan yang menggunakan imej, rajah dan petikan daripada dokumen anda untuk membantu anda menjadikan konsep abstrak lebih ketara dan mudah difahami.

BELUM SELESAI

Berkomunikasi secara visual dengan grafik maklumat dan dek slaid

Ringkaskan sumber anda yang dimuat naik secara visual untuk menunjukkan topik utama dan idea yang berkaitan dengan topik tersebut sebagai gambar rajah bercabang.

Kursor memilih Peta Minda dan maklumat tentang Sejarah Seni dipaparkan. Pengguna mengembangkan maklumat

Buat perkaitan antara sumber dengan Peta Minda

Ringkaskan sumber anda yang dimuat naik secara visual untuk menunjukkan topik utama dan idea yang berkaitan dengan topik tersebut sebagai gambar rajah bercabang.

Pengguna menaip soalan dalam sembang Gemini Notebook. Jawapan dipaparkan dan sumber disemak serta dipaparkan.

Sembang dengan petikan

Ajukan pertanyaan tentang sumber anda dan percayai jawapan anda dengan petikan sebaris yang boleh disahkan yang dipautkan terus kembali kepada petikan asal dalam dokumen sumber anda.

Kursor memilih Kuiz. Kuiz dijana dan dipaparkan. Pengguna memilih butang Terangkan. Penjelasan dipaparkan.

Uji pengetahuan anda dengan kuiz dan kad imbas

Jana kad imbas dan kuiz latihan interaktif dengan serta-merta berdasarkan sumber yang anda muat naik sahaja.

Kursor memilih Panduan belajar. Panduan belajar dijana dan dipaparkan. Pengguna menatal ke bawah melalui maklumat.

Buat panduan belajar dengan serta-merta

Buat panduan belajar dengan istilah penting, kuiz sampel (dengan kunci jawapan) atau senarai soalan esei.

Kursor memilih Panduan Pembelajaran dalam tetapan Gemini Notebook, kemudian berbual dengan Gemini Notebook dalam mod Pembelajaran Berpandu

Dapatkan maklumat yang bukan sekadar mendapatkan jawapan segera dengan Pembelajaran Berpandu

Buat kajian dan belajar dalam mod baharu yang membantu anda membina pemahaman yang mendalam tentang sumber anda dan bukan sekadar memberikan jawapan yang pantas.

Mula menggunakan Gemini Notebook hari ini secara percuma

Sediakan Gemini Notebook untuk semua pengguna anda hari ini, sama ada melalui akaun Google Workspace atau sebagai aplikasi kendiri dengan mendaftar Google for Education Fundamentals — atau naiktaraf untuk mendapatkan keupayaan lanjutan, termasuk had penggunaan yang lebih tinggi dan ciri premium.

Institusi pendidikan menggunakan Gemini Notebook untuk mengubah pengajaran dan pembelajaran

Berbincang dengan pakar jualan Google for Education

Mahu menerokai lebih banyak keupayaan AI? Isi borang ringkas ini, kemudian hubungi pakar kami dan tentukan sama ada Google AI Pro for Education sesuai untuk institusi anda atau tidak.

Semua medan perlu diisi.

Terima kasih atas minat anda terhadap Gemini Notebook.

Ahli pasukan jualan kami akan menghubungi anda tidak lama lagi.

Sila masukkan nama pertama anda
Sila masukkan nama keluarga anda
Sila masukkan E-mel yang sah
Sila pilih Nama jawatan
Sila pilih Nama jawatan
Sila masukkan nama syarikat
Sila pilih Negara
Adakah organisasi anda sedang menggunakan Google Workspace for Education?
Sila buat pilihan untuk soalan ini
Adakah anda mahu mendaftar untuk mendapatkan berita, tawaran dan kemaskinian terbaharu daripada Google for Education?
Sila buat pilihan untuk soalan ini

Dengan ikut serta, saya bersetuju untuk dihubungi oleh Google dan/atau rakan kongsi Google for Education berkaitan dengan berita, kemaskinian produk dan maklumat lain tentang Google for Education. Maklumat anda akan digunakan menurut dasar privasi Google. Anda boleh menarik diri pada bila-bila masa.

Lagi sumber

Terokai alatan yang tersedia untuk membantu anda memulakan penyepaduan AI dalam bilik darjah hari ini.

Dapatkan jawapan kepada soalan lazim tentang Gemini Notebook

Daftar di sini untuk mendapatkan kemaskinian, cerapan, sumber dan pelbagai lagi.